Tuesday, March 2, 2021

AKTA DAN AGENSI

 Senarai dasar/ akta/ pihak terlibat/fakta dalam nilai

Nilai Amanah:
Akta Pencegahan Rasuah 1997
-Undang-undang untuk mencegah rasuah dalam masyarakat
Akta Rahsia Rasmi 1972
-Menjamin supaya kakitangan awam tidak bertindak mengamalkan rasuan dengan memperdagangkan maklumat yang dipertanggungjawabkan kepada mereka.
-Menyimpan segala maklumat/rahsia pentadbiran negara
Borang Aku Janji 2002


Kempen Kepimpinan Melalui Teladan 1983
-Menanam dan memupuk ciri-ciri kepimpinan yang berkesan khusus untuk kakitangan kerajaan.
Badan Pencegah Rasuah(BPR)/ Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM)
Membawa mereka yang disyaki melakukan rasuan ke muka pengadilan.
Unit Jenayah Khas dalam Jabatan Polis

Slogan BCA
Bersih – mempunyai moral yang tinggi, bertatatertib dan berdisiplin
Cekap – berani dan cepat membuat keputusan
Amanah – bersikap rela dan cuba menjalankan tugas serta tanggungjawab
 - Mewujudkan etika kerja dan perkhidmatan
- Meningkatkan hasil dan mutu kerja serta semangat dan motivasi pekerja
- Dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan berkesan.

Nilai Harga Diri
Kelab Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)


Nilai Toleransi
Rancangan Pembangunan Lima Tahun
- Menjamin supaya hasil pembangunan dapat dinikmati oleh semua rakyat
- Meningkatkan pelaburan asing
- Menggalakkan sektor pertanian.
Dasar Pembangunan Nasional (1991)/ Dasar Ekonomi Baru (1970-1990)
- Membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat
- Menjamin perpaduan kaum, memupuk sikap saling memahami antara kaum
Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT)
- Untuk mengurangkan kemiskinan tanpa mengira kaum.
- Membasmi kemiskinan, meningkatkan kualiti hidup rakyat
Dasar Kebudayaan Kebangsaan
- Mewujudkan perpaduan dan kejiwaan kebangsaan.
- Menjamin perpaduan kaum, memupuk sikap saling memahami antara kaum, memahami dan menerima budaya kaum lain.
- Memupuk dan memelihara kepribadian kebangsaan
- Mempertingkat kualiti kehidupan manusia.




Nilai Keadilan
Sekseyen 376 Kanun Keseksaan

Mahkamah
Kes jenayah – dijatuhi hukuman setimpal
Bawah umur 18 tahun – dibicarakan di Mahkamah Juvana
Atas umur 18 tahun – dibicarakan di Mahkamah Tinngi, Mahkamah Seksyen dan Mahkamah Majistret
Kes Sivil – menyelesaikan apa-apa pertikaian yang melibatkan tuntutan ganti tugi atau pampasan.
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM)
- Menyiasat aduan tentang kes perlanggaran hak asasi manusia di malaysia
- Memupuk kesedaran dan menyediakan pendidikan yang berhubungan dengan hak asasi manusia
- Menasihati dan membantu kerajaan dalam merumuskan perundangan serta arahan dan tatacara pentadbiran
- Melawat tempat tahanan mengikut tatacara yang ditetapkan oleh undang-undang yang berhubungan.

Nilai Mengekalkan Tradisi Kekeluargaan
Muzium Negara
- Mengabadikan warisan keluarga sesuatu kaum
Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan
Memelihara segala bentuk warisan pelbagai kaum supaya dapat disimpan dan dirujuk generasi akan datang
Arkib Negara
Menyimpan pelbagai bahan bersejarah yang menjadi khazanah negara




Nilai bidang alam sekitar
Program Riadah Alam Sekitar (PRIAS)
- Projek pendidikan alam sekitar secara tidak formal yang dianjurkan oleh Ahli-ahli Sains Malaysia (MSA) bersama dengan Jabatan Alam Sekitar dan KPM serta NGO.
- Menggalakkan pelajar berminat dan penyedari peranan mereka dalam pemuliharaan alam sekitar.
Dasar Hutan Kebangsaan 1978

Akta Perhutanan Negara 1984 (pindaan 1993)

Akta Perhutanan Kebangsaan 1993

PERHILITAN
- Mengadakan kawasan perlindungan flora dan fauna
- Memantau tindakan manusia supaya tidak merosakkan sumber alam secara berlebihan.
Jabatan Alam Sekitar
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara
Tabung Alam Malaysia/ WWF
­- Melindungi flora dan fauna/ hutan
- Mengelakkan kepupusan flora dan fauna/hutan
Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 pindaan Akta Kualiti Alam Sekitar 1988
- Peraturan dan panduan yang harus dipatuhi berkaitan alam sekitar.
- Melindungi alam sekitar daripada pencemaran dan kerosakan
Penilaian Kesan Alam Sekitar (PKAS)
- Kajian untuk mengenalpasti, meramal, menilai dan memberikan maklumat tentang kesan projek/tindakan terhadap alam sekitar sebelum pelaksanaannya.
Perintah Penilaian Kesan Alam Sekitar 1987

Akta Zon Ekonomi Eksekutif 1984

Masyarakat lestari
- Sentiasa berusaha menjimatkan penggunaan sumber sengan merancang secara bijaksana melalui amalan 3R dan memberikan sokongan kepada rancangan kerajaan untuk memuliharakan alam sekitar.
- Menjiamtkan penggunaan sumber alam / mengelakkan pembaziran sumber alam.
Amalan Penjagaan Alam Sekitar
- Cth: menggunakan kedua-dua muka surat kertas untuk menulis, menggunakan semula botol air plastik, menggunakan air cucian pakaian untuk tujuan lain.
- Menjimatkan penggunaan sumber alam/ mengelakkan pembaziran
Ekopelancongan
- Usaha memajukan sektor pelancongan dengan memanfaatkan alam sekitar supaya tidak berlaku kerosakan teruk.
- Alam sekitar dimanfaatkan untuk memajukan ekonomi.
- Cth: Taman Negara, Tasik Kenyir, Hutan Simpan Belum
Taman Laut
- Memberi perlindungan kepada kawasan terumbu karang.
- Mengekalkan sumber air demi generasi akan datang.
- Cth: Taman Laut di Pulau Payar, Pulau Redang, Pulau Sipadan.
Pembangunan mapan/ seimbang
- Pembangunan yang memenuhi kehendak generasi masa kini tanpa mengorbankan keperluan generasi akan datang.
- Untuk mengelakkan kehabisan sumber.
- Cth: program kitar semula
Nilai Melindungi Hak Kanak-kanak
Akta Perlindungan Kanak-kanak 1991
- Memberi perlindungan sepenuhnya kepada kanak-kanak berusia kurang daripada 18 tahun.
- Melindungi kanak-kanak daripada penderaan mental dan fizikal./ penderaan seksual./ dijadikan buruh.
Perisytiharaan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948

Deklarasi Hak Asasi Kanak-kanak


Nilai Menghormati Hak Wanita
Dasar Wanita Negara 1989
- Memberi panduan dan hala tuju dalam segala usaha perancangan dan pelaksanaan program pembangunan negara agar kepentingan dan penyertaan wanita tidak terabai.
- Menjamin kedaulatan, kemakmuran, keadilan, kebebasan serta hak asasi wanita di negara ini.
Agensi Kerajaan :
Jabatan Hal Ehwal Wanita (HAWA)
Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Nasional
- Meningkatkan imej wanita dalam bidang perniagaan dan keusahawanan
- Melindungi kebajikan wanita dari segi politik, ekonomi dan sosial
- Memberi perlindungan kepada golongan wanita daripada ditindas oleh pihak yang bertanggungjawab.
Agensi Bukan Kerajaan:
Pertubuhan Tindakan Wanita Islam (PERTIWI)
Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita (NCWO)

Nilai Melindungi Hak Pekerja
Akta Perusahaan 1967
- Untuk menggalakkan hubungan yang harmoni antara pekerja dan majikan
- Mengadakan peraturan tentang perhubungan antara majikan dengan pekerja dan kesatuan sekerja mereka. 
Akta Perhubungan Industri 1967

Akta Kerja 1955
- Memberi perlindungan kepada pekerja
- Menyentuh hak dan tanggungjawab majikan di sektor swasta.
- Memastikan tiada kontrak pekerjaan yang tidak mengikut peruntukan di bawah akta ini ditandatangani.  
Kesatuan Sekerja
Pejabat Perhubungan Industri
Kementerian Sumber Manusia
Mahkamah Perusahaan
Pihak-pihak yang boleh pekerja hubungi untuk menyelesaikan pertikaian antara pekerja dengan majikan.
Organisasi Buruh Antarabangsa (ILO)


Nilai Menghormati Hak Golongan Kurang Upaya
Hak Orang Kurang Upaya 1975





Nilai Melindungi Hak Pengguna
Akta Perlindungan Pengguna 1999
- Akta Kawalan Harga 1946, Akta Kawalan Bekalan 1961, Akta Timbang dan Sukat 1972, Akta Perihal Dagangan 1972, Akta Sewa Beli 1967, Akta Jualan Langsung 1993
- Memberi perlindungan kepada para pengguna daripada penipuan dan penyeleengan oleh pengeluar /penjual
Dasar Pengguna Negara (DPN) 2002
- Menjadi asas kepada segala kegiatan dan program kepenggunaan yang dilaksanakan oleh pelbagai pihak di negara ini.
- Memastikan perlindungan terbaik kepada pengguna dari aspek perundangan.
Tribunal Tuntutan Pengguna 1999
- Badan bebas yang ditubuhkan di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999
- Untuk mendengar dan mengadili tuntutan pengguna tidak melebihi RM5000 dan saluran pengguna menuntut ganti rugi daripada pembekal/pengilang.
Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA)
Persatuan Pengguna P.Pinang (CAP)
- Badan bukan kerajaan yang melindungi hak pengguna daripada penganiayaan/ penipuan pihak pengeluar/peniaga/ penjual.




Nilai Mematuhi Peraturan dan Undang-undang (termasuk akta-akta dlm nilai lain)
Akta Dadah Berbahaya 1952

Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA)
- Diwujudkan semasa zaman pemberontakan komunis
- Di bawah akta ini, seseorang yang disyaki mengancam keselamatan negara berhak ditahan selama dua tahun  tanpa dibicarakan
- Bertujuan untuk menjaga keamanan dan keselamatan negara
- Dimansuhkan pada tahun 2011
Akta Dadah Berbahaya (Perlucutan Harta) 1988

Akta Mahkamah Juvana 1947
- Menentukan hukuman ke atas kanak-kanak yang didapati bersalah melakukan jenayah juvana
-  Memberikan peluang kepada mereka yang bersalah menjalani program pemulihan akhlak
- Menyedarkan ibu bapa tentang tanggungjawab mereka untuk mendidik anak-anak dengan baik.
Akta Cukai Pendapatan

Akta Pencegahan Penyeludupan
- Mencegah penyeludupan manusia/barangan dari atau ke sesebuah negara.
Undang-Undang Laut Antarabangsa
- Undang-undang berkaitan dengan sebarang jenis pengangkutan air
- Untuk mengelakkan pencerobohan perairan sesebuah negara
Undang-Undang Siber
- Akta Tandatangan Digital 1997
- Akta Jenayah Komputer 1997
- Akta Teleperubatan 1997
- Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998
- Akta Suruhanjaya Komunikasi Dna Multimedia 1998
- Mengawal tindakan anasir subversive yang cuba mewujudkan propaganda politik
- Menjamin kesahihan maklumat yang disampaikan melalui internet/ elakkan ancaman fitnah kepada pengguna internet
Mahkamah Antarabangsa
- Badan kehakiman Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
- Menyelesaikan perselisihan faham antara negara PBB yang berkaitan dengan sempadan atau tuntutan hak milik
- Menjamin keamanan dunia
- Menjamin kebajikan negara-negara kecil supaya tidak dieksploitasi oleh negara besar.

Nilai Kebebasan Bersuara
Akta Hasutan 1948 (pindaan 1970)
- Melarang sesiapa sahaja daripada mempersoalkan perkara-perkara sensitif




Nilai Penglibatan Diri dalam Pembangunan Negara
Kelab Lions, Kelab Rotary, Kelab Interact, Kelab Leo, Persatuan Pendidikan Moral,
Kelab Kebajikan
- Memupuk perpaduan dan kerjasama
- Meningkatkan kemahiran diri dan mengetahui perkembangan yang berlaku dalam masyarakat
- Membangunkan sikap prihatin dan memberntuk masyarakat penyayang.
Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia,
St John Ambulance, Kadet Remaja
PEMADAM




Nilai Hidup Bersama Secara Aman
Dasar Pembangunan Nasional 1991

Dasar Pendidikan Kebangsaan

Dasar Kebudayaan Kebangsaan

Dasar Bahasa Kebangsaan

Pertubuhan- Pertubuhan Antarabangsa:
Komanwel
Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC)
Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM)
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
Pertubuhan Serantau Asia Tenggara (ASEAN)
- Menjamin keamanan dunia
- Meningkatkan persefahaman antara negara-negara dunia.




Nilai Saling Membantu dan Bekerjasama
Kerjasama antara negara :
Sosial:
-          Pertukaran program televisyen Malaysia dengan Mesir, Program pertukaran budaya seperti Festival Filem Antarabangsa

Ekonomi:
-          Jepun memberi bantuan kewangan kepada negara-negara ASEAN.

Pendidikan:
-          Malaysia terima tawaran pendidikan dengan negara Rusia, Jerman, Program pertukaran pelajar
- Menjalin hubungan baik/erat antara negara
- meningkatkan kerjasama antara negara
- mengelakkan pergaduhan/perselisihan faham antara negara
- meningkatkan ekonomi negara
- menggalakkan kedatangan pelancong asing
Wawasan 2020
9cabaran :
- Mewujudkan masyarakat yang bersatu padu
- Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju
- Mewujudkan masyarakat demokratik yang matang
- Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika
- Mewujudkan masyarakat yang liberal dan bertolak ansur
- Mewujudkan masyarakat yang saintifik dan progresif
- Mewujudkan masyarakat yang penyayang
- Mewujudkan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi
- Mewujudkan masyarakat yang makmur

1 comment:

  1. Assalamualaikum wr wb. Saya Sangat berterimah kasih kepada Ustadz Abdul Nandar berkat semua bantuan yg diberikan saya sdh buka usaha dan memiliki beberapa Restoran ternama di Surabaya mengatakan ”Saya dulu seperti orang gila, bahkan hendak bunuh diri, usaha saya ditipu sahabat karib dan membawa lari semua uang saya. Saya pun harus menanggung hutang supplier dari usaha kontraktor yang dibawa lari teman saya. Kesana kemari minta bantuan gak ada yang nolong. Bahkan saya sudah keliling Indonesia untuk mendapatkan atau mencari pinjaman dan dana gaib, tapi untung di ujung keputus asa’an saya bertemu dgn Ustadz Abdul Nandar yang dikenalkan oleh adik ipar saya, akhirnya bliau menawarkan bantuan Dana Gaib tanpa tumbal/resiko diawal ataupun akhir dan dari golongan putih.setelah persyaratanya dilengkapi dan ritual selesai, MENGEJUTKAN !!!, saya mendapatkan dana gaib sebesar 700jt dihadapan saya. ATAU Anda Mau sperti sya silakan anda tlp Ustadz Abdul Nandar Di No 0853-3733-4757 Atau

    ReplyDelete