Sunday, April 5, 2020

NOTA CINTA AKAN NEGARA

CUT and PASTE DALAM BUKU NOTA MORAL
Usaha Meningkatkan Sikap Cinta akan Negara Dalam Golongan Muda
Dasawarsa ini, sikap kasih dan sayang akan negara sudah semakin menghilang dan luntur dalam golongan marhaen di setiap pelusuk empat penjuru dunia. Hal ini demikian kerana sikap moral ini kurang dititik beratkan dalam urusan seharian mereka sama ada di bangku persekolahan mahupun yang sudah bekerja sehingga mereka sendiri kurang arif tentang sejarah-sejarah negara yang mereka huni. Ada di antara mereka yang alpa akan keseronokan dunia sehingga mereka tidak menghiraukan semangat patriotik dan langsung tidak melahirkan rasa semangat untuk melaungkan “ Aku Cintakan Malaysia”. Paling merunsingkan lagi, ada dalam kalangan rakyat yang langsung tidak mahu menyambut Hari Kebangsaan dan merasakan perkara seperti mengibarkan jalur gemilang tersebut hanya membuang masa mereka. Oleh hal yang demikian, usaha dalam menitik beratkan semangat patriotik ini perlu ditingkatkan oleh pelbagai pihak demi Malaysia yang tersayang.
            Pertama sekali, antara usaha yang boleh dilaksanakan bagi menaikkan semangat sayang akan negara dalam kalangan masyarakat ialah kerajaan perlu menyelaraskan silibus kelas moral dalam kalangan pelajar sejak di bangku sekolah rendah lagi. Hal ini kerana, sikap sayang akan negara adalah salah satu sikap yang amat penting dalam diri setiap penghuni negara dan perlulah dicorak dalam diri masyarakat sejak kecil lagi agar sikap patriotik ini terus bersemadi dalam diri mereka hingga ke akhir hayat. Peribahasa melayu ada menyatakan melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jika masyarakat sudah dididik daripada bangku persekolahan betapa pentingnya sikap sayangkan negara, pasti perkara-perkara yang bakal merendahkan martabat Malaysia di mata dunia tidak akan dilakukan. Oleh itu, kerajaan perlu bersinergi bagi merealisasikan usaha dalam meningkatkan sikap sayangkan negara demi kelestarian hidup berbilang kaum di negara ini.
            Selain itu, para pendidik juga memainkan peranan penting dalam mencorak sikap patriotisme dalam kalangan pelajar demi melahirkan masyarakat yang sangat cinta akan negara. Pengajar perlu memberi penekanan yang agak kritikal mengenai sikap patriotisme sewaktu sesi pengajaran di sekolah mahupun kelas. Kaedah ni dapat menggalakkan pelajar-pelajar untuk terus mempraktikkan dan memahami sikap semangat cinta akan negara sehingga mereka dewasa. Tamsilnya, para pengajar juga boleh mengadakan ujian formal di dalam kelas bagi sesuatu topik yang mempunyai kaitan dengan negara kita bagi melihat sejauh mana mereka tahu tentang negara Malaysia yang tercinta. Dengan ini, para pelajar akan sedar dan sedikit sebanyak cuba mendalami isi kandungan negara kita, dan secara tidak langsung dapat menyuburkan semangat patriotisme dalam kalangan mereka supaya adat sayang akan negara ini tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas. Oleh hal yang demikian, pendidik perlulah mengambil inisiatif dalam meningkatkan semangat patriotisme demi melahirkan pelajar yang cemerlang sahsiahnya dalam membangunkan malaysia kelak. 
         Seterusnya, media massa juga bertanggungjawab dalam menggiatkan kempen dengan menayangkan iklan-iklan tentang pentingnya semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat agar rasa sayang tersebut tidak sirna ditelan zaman. Pada zaman moden kini, mata masyarakat lebih tertumpu ke skrin telefon pintar dan juga muka televisyen. Oleh itu, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia perlu mengambil langkah bijak dan berkesan bagi menggiat dan menyiarkan sebanyak mungkin kempen seperti “Aku Negaraku Sedunia” ataupun poster bagi menyuburkan sifat patriotisme ini dalam diri mereka. Sebagai contoh, media massa perlu sentiasa menayangkan filem-filem yang menonjolkan kesungguhan dalam menyelamatkan negara daripada pihak musuh seperti “ Kapten Hassan” dan terbaru filem “Paskal” yang boleh memberi impak kepada masyarakat zaman kini. Konklusinya media massa memainkan peranan penting dalam melahirkan masyarakat yang cinta akan tanah air.
            Dalam kita sedar ataupun tidak, ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam mencorakkan dan menanam sikap patriotisme dalam diri anak-anak mereka. Anak adalah seperti kain putih, ibu bapalah yang patut mencorakkannya. Ibu bapa adalah contoh teladan kepada anak- anak sejak mereka lahir ke dunia kerana peribadi anak-anak melambangkan sikap ibu bapa mereka kerana peribahasa ada menyatakan bagaimana acuan begitulah kuihnya. Ibu bapa boleh membawa anak-anak mereka untuk mengikuti aktiviti seperti sambutan hari kemerdekaan untuk menanamkan sikap patriotisme tersebut di dalam hati mereka. Ibu bapa juga boleh membeli buku-buku yang menceritakan tentang pemimpin-peminpin negara tanpa mengira bangsa dan agama. Dengan itu anak- anak akan menjadi masyarakat yang mampu mencontohi pemimpin-pemimpin terdahulu untuk menjadi bangsa yang berjaya. Jelaslah bahawa ibu bapa mampu menanamkan sikap cinta akan negara dalam diri anak-anak mereka supaya menjadi pemuda-pemudi harapan bangsa.
           Secara holistiknya, masyarakat yang mempunyai semangat yang tinggi untuk memperjuangkan tanah airnya akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan kemajuan negara supaya duduk sama rendah, tegak sama tinggi dengan negara-negara maju yang lain. Oleh itu, pelbagai pihak perlu berganding bahu bagai aur dengan tebing demi memastikan sifat patriotisme ini sentiasa dipupuk demi melahirkan masyarakat yang berjiwa murni.

NOTA BIDANG ALAM SEKITAR

print dan paste dalam buku nota moral
NOTA  ISU  BIDANG  ALAM  SEKITAR
Kesan aktiviti manusia yang mencemarkan alam sekitar ·
Perindustrian – pelepasan sisa toksik - hidupan akuatik mati·
Pertanian – penggunaan baja dan racun - menjejaskan kesuburan tanah·
Perlombongan – Kawasan lombong terbiar - tinggalan lubang lombong boleh membahayakan penduduk dan menjejaskan pemandangan
Maksud “ Konsep Pembangunan Mapan
Pembangunan seimbang yang memenuhi kehendak generasi masa ini tanpa mengorbankan keperluan generasi akan datang
Nama penuh PERHILITAN ·
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara
Peranan PERHILITAN
1. Memberi perlindungan kepada warisan flora dan fauna
2. Memantau tindakan manusia supaya tidak merosakkan sumber alam secara berlebihan
Bencana alam yang berlaku akibat pengurusan alam yang tidak bijaksana Banjir kilat ·
Tanah runtuh ·
Pergerakan tanah
Kepentingan Program Kitar Semula
1. Mengelakkan pencemaran alam sekitar
2. Menjimatkan penggunaan sumber asli
3. Mengurangkan kos pelupusan sampah
Pihak yang menjayakan program kitar semula
1. Pengguna ·
Mengurangkan penggunaan plastic dan kertas ·
Memberi sokongan kepada kempen kitar semula
2. Pengeluar ·
Mematuhi undang-undang alam sekitar ·
Mengurangkan pembuangan sisa toksid
Tindakan kerajaan terhadap pesalah alam sekitar ·
Menggantung lessen operasi bagi kilang ·
Denda dalam bentuk wang tunai ·
Hukuman penjara ·
Menanggung kos pembersihan
pembaikpulihan kawasan yang dicemari
Kesan pencemaran sungai kepada hidupan sungai dan manusia ·
Menjejaskan kesihatan manusia kerana meminum air yang tercemar ·
Sungai yang tercemar boleh menjadi punca penyakit ·
Menjejaskan aktiviti sungai termasuk perikanan dan pelancongan
kesan sumber tenaga, air dan hutan tidak digunakan secara terancang · Sumber akan berkurangan dengan cepat ·
Suhu akan meningkat ·
Ekosistem terganggu

CONTOH LATIHAN ESEI

En. Lee Joo Bong seorang majikan syarikat perabot telah memecat Soon Tat seorang pekerjanya yang dikatakan tidak membuat kerjanya dengan baik. Dia selalu lewat datang bekerja dan selalu balik awal.
Wajarkah tindakan majikan itu? Berikan komen tentang tindakan majikan itu berdasarkan nilai-nilai murni. (10 markah) [JAWABAN ANDA HENDAKLAH BERDASARKAN NILAI RASIONAL DAN BERTANGGUNGJAWAB]

Wajar (1m).
Rasional (1m). Majikan itu berfikir jauh tentang masa depan syarikatnya
(1m). Majikan itu membuat tindakan yang sepatutnya untuk kebaikan syarikatnya (1m).
Majikan itu mengurangkan beban syarikatnya yang menanggung pekerja yang tidak
produktif (1m).
Bertanggungjawab (1m). Majikan itu memainkan peranannya dengan
baik dengan mengambil tahu operasi syarikat (1m). Majikan itu menjalankan

kewajipannya dengan baik dan berkesan (1m). Mematuhi peraturan dan undang-
undang (1m). Majikan itu melaksanakan tugasnya dengan mengikut peraturan yang

ditetapkan oleh syarikat (1m). Majikan itu mengambil tindakan yang sewajar dan
setimpalnya terhadap pekerja yang melanggari peraturan (1m).



Tidak wajar (1m). Melindungi hak pekerja (1m). Majikan itu patut menjaga hak pekerja
dengan menjalankan siasatan sebelum memecat (1m). Majikan itu harus menjaga
kebajikan golongan pekerja dengan memberikan cuti tanpa gaji kepada pekerja agar
menyelesaikan masalah sendiri (1m). Majikan itu perlu menasihati (1m) dan
memberikan amaran pertama kepada pekerjanya sebelum memecat (1m). Rasional
(1m). Majikan itu patut membuat keputusan dengan mengambil kira jasa dan
sumbangan pekerja tersebut (1m). Majikan itu harus berfikir sebelum bertindak untuk
memecat pekerjanya (1m). Majikan itu perlu membuat pertimbangan yang baik sebelum
memecat pekerja tersebut (1m).

LATIHAN ESEI PEMBUANGAN BAYI

GAMBAR] Lagi! Kes Bayi Dibuang Dalam Beg Kertas & Digantung Di ...
Wajarkah perbuatan pihak yang bertindak sedemikian? Apakah perasaan anda apabila melihat gambar
di atas?  Berikan alasan anda berdasarkan nilai RASIONAL dan BERTANGGUNGJAWAB.

ISU PEMBUANGAN BAYI