Wednesday, March 6, 2019

nota moral

1.6 TOLERANSI
1. Kebaikan mengamalkan sikap toleransi dalam kehidupan bermasyarakat.
· Dapat mengelakkan perselisihan faham antara kaum
· Megeratkan hubungan antara kaum
· Menjamin hubungan baik terus berkekalan
· Menjamin keharmonian hidup bermasyarakat
· Membolehkan dasar-dasar kerajaan dilaksanakan dengan  lancar
2. Kesan tidak mengamalkan sikap toleransi dalam masyarakat Malaysia.
· Negara huru hara
· Pergaduhan/perbalahan antara kaum berlaku
· Wujud prasangka/ buruk sangka antara kaum
· Keharmonian hidup bermasyarakat akan terjejas


3. Matlamat utama Dasar Kebudayaan Kebangsaan ( DKK )
· Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara
· Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan
· Mempertingkat kualiti kehidupan manusia
4. Contoh aktiviti yang dapat meningkatkan sikap toleransi antara kaum.
· Rumah terbuka
· Sukan/sukaneka
· Jamuan muhibbah
· Sambutan hari kemerdekaan
· Permainan tradisional seperti congkak
· Sambutan perayaan pelbagai kaum seperti Hari Raya Aidilfitri/ Deepavali dll

 5. Kaum pribumi di…

a. Sabah
  - Murut, Bajau, Dusun, Kadazan

b.  Sarawak
  - Iban, Bidayuh, Melanau, Penan, Kelabit   
6. Sikap yang ada pada masyarakat majmuk Malaysia untuk menjamin kehidupan yang aman dan harmoni.
· sikap bertolak  ansur antara satu sama lain
· saling memahami cara hidup antara kaum
· saling menghormati adat resam kaum lain
· Menerima perbezaan

7. Contoh yang menunjukkan masyarakat bersatu padu
· kehidupan yang aman, damai dan harmoni
· kestabilan politik dalam negara
· pertumbuhan  ekonomi yang mantap
· kejayaan Malaysia menjadi tuan rumah pelbagai acara antarabangsa






8.  Jadual perayaan yang terdapat dalam masyarakat  Malaysia

Majlis
Agama
Tujuan
Sambutan Maulidur Rasul
Islam
Memperingati hari kelahiran Nabi Muhamad s.a.w
Perayaan Vasaki
Sikh
Menandakan Pertubuhan Khalsa oleh Guru Gobind Singh

Good Friday
Kristian
Tanda memperingati penyaliban Nabi Isa kerana menebus dosa umat manusia
Perayaan Ponggal
Hindu
Tanda kesyukuran atas nikmat Tuhan

Hari Wesak
Buddha
Melambangkan kelahiran, pencerahan agung dan kewafatan Gautama Buddha



1.7 BERDIKARI
1. Contoh amalan berdikari dalam kehidupan.
· Mengulangkaji pelajaran sebelum peperiksaan
· Mengemaskan bilik tidur setiap hari
· Bekerja sambilan pada masa cuti
2. Kesan pergantungan bantuan kewangan daripada negara lain untuk memajukan negara, terhadap :
a) Rakyat
· Terpaksa menanggung beban hutang
 b) Masyarakat
· Hilang rasa bangga terhadap negara
· Berasa tidak puas hati dengan kerajaan
 c) negara
· Dipandang rendah oleh dunia luar
· Hilang keyakinan para pelabur
3. Sikap yang perlu ada pada seseorang pemimpin.
· Keupayaan untuk menyelesaikan masalah
· Bertanggungjawab dalam melaksanakan kerja
· Cekap dan cepat bertindak untuk menangani masalah
· Melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab dan amanah
4. Peranan seorang wakil rakyat terhadap masyarakat.
· Menjaga kebajikan rakyat
· Menyelesaikan masalah rakyat
· Memajukan ekonomi masyarakat setempat

5.  Kepentingan amalan berdikari bagi :

a.  pelajar
     - dapat usaha sendiri untuk mencapai  kecemerlangan dalam pendidikan

b.  pekerja
     - dapat meningkatkan produktiviti syarikat

6.  Ciri-ciri orang yang mempunyai nilai berdikari
· berusaha  sendiri
· tidak bergantung kepada orang lain
· menghadapi masalah / rintangan  dengan positif dan tabah hati

7.  Bukti negara kita sudah mampu hidup berdikari
· pembedahan  ”telinga  bionik”  di UKM
· pelancaran satelit ”MEASAT”
· teknologi pertanian – mencipta kaedah kacukan tanaman

8.  Dua orang wira negara yang berjaya mendaki Gunung Everest
· M. Magendren  
· N. Mohandas
· Muhammad Muqharabbin Mokhtaruddin
· Ahmad  Reduan Rozali





1.8 KERAJINAN
1. Ciri-ciri seorang pelajar yang rajin.
· Cekal menghadapi cabaran
· Gigih menghadapi rintangan/dugaan
· Sentiasa berusaha untuk memajukan diri
· Sanggup mengorbankan masa dan tenaga untuk mencapai kejayaan
2. Contoh sikap kerajinan yang diamalkan dalam masyarakat Jepun.
· Rajin  bekerja
· Rajin berbincang
· Rajin mencipta sesuatu yang baru/berinovasi
· Rajin belajar terutamanya mata pelajaran Sains
3. Contoh-contoh binaan silam yang menakjubkan di dunia
· Tembok Besar Negeri China
· Taj Mahal di India
· Piramid di Mesir
4. Contoh yang menunjukkan masyarakat kini lebih rajin
· Wujudnya lebih ramai hartawan /jutawan
· Lahirnya pelbagai reka cipta baru ( komputer)
· Lebih banyak bidang diterokai (angkasa lepas)
· Lebih banyak kejayaan dicapai ( pendidikan / sukan)

5. Cara  anda menunjukkan sikap rajin sebagai :
a.  Anak
  -  membantu ibu bapa membuat kerja di rumah
b.  Pelajar
  -  banyak membaca dan membuat latihan yang diberi guru

6.  Peribahasa  yang manggambarkan nilai kerajinan
· belakang parang kalau diasah lagikan tajam
· kalau tidak dipecahkan ruyung  manakan dapat sagunya
· berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian. Bersakit-sakit dahulu,
            bersenang-senang kemudian.     

 1.10 KEADILAN
1. Contoh amalan keadilan dalam pentadbiran kerajaan Malaysia.
· Pemberian hak milik tanah oleh FELDA.
· Penyediaan kemudahan asas seperti air dan elektrik kepada penduduk luar bandar.
· Penyediaan rumah kos rendah kepada golongan rakyat miskin
· Pemberian biasiswa kepada pelajar yang layak 
2.a) Cukai yang perlu dibayar oleh rakyat.
· Cukai pendapatan, Cukai jalan, Cukai perkhidmatan, Cukai tanah
   b) Tujuan kerajaan mengenakan cukai. 
· Membiayai perbelanjaan kerajaan
· Melindungi industri muda

3. Dua organisasi  untuk menegakkan keadilan di Malaysia :
· Mahkamah
· SUHAKAM  (Suruhanjaya Hak Asasi  Manusia)

4. Tiga peranan  SUHAKAM
· menyiasat aduan tentang kes pelanggaran hak asasi manusia di
            Malaysia
· memupuk kesedaran dan menyediakan pendidikan yang berhubungan
            dengan hak asasi manusia
· menasihati dan membantu kerajaan dalam merumuskan perundangan
berkaitan

5.  Keadilan boleh menjamin kesejahteraan masyarakat. Contohnya,
· orang yang didapati bersalah akan mendapat hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan
· hukuman yang lebih berat ke atas pesalah dapat mewujudkan kesedaran dalam kalangan orang ramai termasuk pesalah supaya  tidak terlibat dengan kesalahan yang sama



1.11  RASIONAL

1. Langkah-langkah penyelesaian masalah secara rasional
· Melaporkan kepada pihak sekolah/berkuasa
· Berbincang/berunding untuk menyelesaikan masalah

2. Kesan sekiranya bertindak tanpa berfikir
· Menyinggung perasaan orang lain
· Menimbulkan konflik/pergaduhan/perselisihan faham/perbalahan

3. Tindakan rasional dalam situasi berikut:
     a.  Gagal dalam peperiksaan  SPM
· mengenal pasti kelemahan dan mencari jalan untuk memperbaikinya
     b.  Tiada wang untuk membayar yuran peperiksaan SPM
· beritahu guru tentang masalah sebenar
· memohon bantuan daripada badan kebajikan
    c.  Pujukan kawan untuk lari dari rumah
· menolak pujukan kawan
· memberitahu  guru untuk mendapatkan nasihat

4.  Kesan perbuatan remaja lari dari rumah terhadap :
     a.  diri remaja
· tiada sumber kewangan
· keselamatan terancam
    b. keluarga remaja
· menjatuhkan maruah keluarga
· memalukan keluarga

5.  Kesan tidak menyelesaikan masalah melalui rundingan terhadap :
  
   a.  Keselamatan negara
· negara terdedah kepada ancaman luar dan huru-hara
   
  b.  institusi keluarga
· perpecahan keluarga menyebabkan berlakunya penceraian dan penderaan
  
   c.  Sosial
· keruntuhan akhlak remaja
     d.  Ekonomi
· pelabur kurang yakin, ekonomi tidak stabil, rakyat hilang pekerjaan

6.    Ibu bapa merupakan orang yang paling banyak mendera kanak-kanak kerana:
· tekanan emosi
· kemiskinan
· pergaduhan antara suami -isteri    
· kerenah anak-anak yang nakal

7.  Usaha - usaha yang boleh diambil bagi menyedarkan ibu bapa dan masyarakat bahawa  mereka sepatutnya menjadi pelindung kanak-kanak.
· menguatkuasakan undang-undang
· hukuman yang lebih berat
· kempen kesedaran
· menganjurkan kursus keibubapaan

5  Kesan-kesan penganiayaan terhadap diri dan masa depan kanak-kanak
· perkembangan emosi terjejas
· kanak-kanak menjadi tidak normal
· tiada keyakinan diri
· menjadi pendiam
· menjadi pendendam

6. Faktor yang menyebabkan berlakunya penderaan kanak-kanak
    a. ibu bapa
· panas baran
· tekanan emosi
· kemiskinan/masalah kewangan
   b.  anak
· karenah anak yang nakal
· tidak mendengar nasihat
  c.  sikap pembantu rumah
· panas baran
· materialistik
· tidak bertanggungjawab

7.    Ibu bapa tidak wajar mendera anak-anak mereka kerana:
· anak ialah amanah Tuhan yang sepatutnya dikasihi
· akan menjejaskan perkembangan mental dan fizikal anak-anak
· boleh menyebabkan berlakunya kecacatan atau kematian


8. Faktor-faktor lain yang sering kali dikaitkan dengan penderaan kanak-kanak ialah:
· kerenah anak
· sikap pembantu rumah yang panas baran                                           
· sikap jiran yang individualistik

9. Kesan penganiayaan terhadap diri dan masa depan kanak-kanak tersebut adalah seperti yang berikut:
· perkembangan emosi terjejas dan menjadi tidak normal    
· kanak-kanak membesar tanpa keyakinan diri            
· menjadi seorang yang pendendam dan berkecenderungan menjadi pendera pada masa hadapan

10. Usaha-usaha yang boleh dibuat oleh kerajaan untuk memberi kesedaran  kepada ibu bapa dan masyarakat supaya menjadi pelindung kanak-kanak ialah:
· menguatkuasakan undang-undang dengan menetapkan hukuman yang lebih serius terhadap ibu bapa yang mendera anak mereka                                                                 
· mengadakan kempen untuk memberi kesedaran kepada ibu bapa bahawa mereka harus menjadi ibu bapa yang penyayang                   
· menganjurkan kursus-kursus motivasi seperti kursus perkahwinan dan keibubapaan  
11. Masalah pembuangan bayi masih berlaku kerana:
· tiada sifat belas ihsan dan kasih sayang         
· pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan       
· kurangnya pendidikan agama/moral di kalangan masyarakat
12. Orang sanggup membuang bayi mereka kerana:
· anak yang dilahirkan cacat
· kesempitan wang dan tidak dapat  menyara kehidupan bayi itu
· malu kepada keluarga dan masyarakat kerana melahirkan anak luar nikah

13. Usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk menangani masalah pembuangan bayi ialah:
· kerajaan harus mengadakan kempen kesedaran kepada masyarakat supaya mereka menyayangi dan megasihi anak-anak mereka                
· masyarakat harus melaporkan kes-kes pembuangan bayi kepada pihak berkuasa                                                                                                                              mempertingkatkan pendidikan agama/moral di kalangan masyarakat



14. Golongan bernasib baik dapat membantu golongan yang kurang bernasib baik dengan cara:
· memberi sokongan moral, contoh member nasihat dan motivas                 
· memberi bantuan kewangan        
· memberi bantuan kebendaan, contoh pakaian, makanan dan barang keperluan asas

15. Golongan yang bernasib baik patut menderma kepada golongan yang kurang bernasib baik kerana:
· golongan yang kurang bernasib baik memerlukan bantuan dan sokongan         
· mempunyai keupayaan dan kemampuan untuk menghulurkan bantuan

16. Golongan kurang bernasib baik tidak patut sentiasa bergantung kepada golongan bernasib baik kerana:
· golongan yang kurang bernasib baik perlulah berdikari
· berusaha untuk memperbaiki taraf hidup           

17. Usaha yang dapat dilakukan untuk membantu golongan ialah:
· menubuhkan yayasan khas untuk mengumpul dana bagi membantu mere    
· mewujudkan pusat kemahiran untuk melatih mereka hidup berdikari

18. Golongan kurang bernasib baik perlu dibantu kerana:
· mereka memerlukan bantuan   
· sudah menjadi tanggungjawab sesama insan untuk menjaga kebajikan bersama
19. Kesan buruk akibat perbuatan manusia yang tidak baik
  a) Penerokaan hutan secara berleluasa
· Habitat haiwan musnah
· Hakisan tanah / tanah runtuh
· Suhu udara meningkat
    b) Pembuangan sampah sarap ke dalam sungai
· Banjir kilat
· Hidupan akuatik terjejas
· Persekitaran berbau busuk
· Merosakkan pandangan darat fizikal


    c) Rasuah bola sepak
· Kesahihan keputusan dipertikaikan
· Menimbulkan rasa tidak puas hati pihak lawan
· Menimbulkan pergaduhan
· Hilang kepercayaan terhadap pengadil
20. Contoh-contoh masalah sosial dan alam sekitar
· Budaya lepak
· Remaja lari dari rumah
· Penyalahgunaan dadah
· Banjir kilat
· Pencemaran air/udara
· Penipisan lapisan ozon
21. Cara-cara untuk menangani masalah sosial:
· Memberi nasihat / kaunseling
· Melaporkan kepada pihak berkuasa
22. Cara-cara untuk menangani masalah alam sekitar.
· Menganjurkan kempen kesedaran
· Menguatkuasa undang – undang
· Melaporkan kepada Jabatan Alam sekitar (JAS)
23. Kesan sekiranya masalah-masalah sosial tidak diatasi.
     i. Masalah sosial
· Jenayah bertambah
· Ketenteraman masyarakat terjejas/Negara huru hara
 ii. Masalah alam sekitar
· Kualiti udara semakin merosot
· Kesihatan penduduk terjejas
24. Cara ilmu berikut membantu manusia  hidup sejahtera
     a.   Ilmu  teknologi maklumat
           -membolehkan kita untuk  menghantar maklumat dengan cepat
     b.   Ilmu sains perubatan
           -menghasilkan perbagai kaedah rawatan seperti  teknik pembedahan dan   
             Vaksin



25.Kesan jika orang yang berilmu :

     a.   menggunakan ilmu ke arah kebaikan
           - dapat membantu ke arah kesejahteraan hidup sejagat
     b.  menyalahgunakan ilmu yang diperolehnya
           - membawa kemudaratan kepada manusia dan hidupan lain di bumi
26.  Dua cara penjagaan kesihatan diri
· mengamalkan amalan pemakanan yang seimbang
· mengamalkan gaya hidup sihat dengan cara bersenam

1.12 KESEDERHANAAN
1. Sebab-sebab pembangunan fizikal perlu diseimbangkan dengan pembangunan    insan.
· Melahirkan rakyat yang berilmu dan bermoral
· Kehidupan rakyat lebih aman dan harmoni
· Keseimbangan alam sekitar dapat dikekalkan
2. Ramalkan kesan sekiranya sistem pendidikan sesebuah negara memisahkan ilmu daripada agama, moral, budaya dan nilai kemanusiaan.
· Pelajar yang tinggi pencapaian akademik tetapi tidak mengamalkan nilai –nilai murni.
· Kebajikan golongan kurang berupaya terabai
· Institusi keluarga akan runtuh
3. Bukti-bukti kerajaan menitikberatkan pembangunan insan.
· Pengenalan mata pelajaran Pendidikan Moral,Pendidikan Islam.
· Kempen Penyayang dan Sekolahku Syurgaku
· Mewujudkan sekolah pendidikan khas.

  4.Tingkah laku kesederhanaan :
    
      a.  pertuturan
           - bercakap sopan
           - tidak menyinggung perasaan orang lain
   
      b.  perbelanjaan
          - tidak boros
          - berbelanja mengikut kemampuan

  

   c.  pemikiran
     - mengambil pertimbangan yang tidak keterlaluan
     - tidak buruk sangka

     d.  berpakaian
     - bersesuaian dengan adat dan nilai masyarakat

5.  Kesan tindakan manusia yang tidak menitikberatkan nilai kesederhanaan :

     a.  Hubungan manusia sesama manusia
· bersaing secara tidak sihat
· sanggup melakukan apa sahaja untuk mengejar kemewahan
· bertindak tanpa perikemanusiaan

     b.  Hubungan manusia dengan alam sekitar
· kualiti kehidupan manusia terjejas
· berlaku kemusnahan alam yang teruk

  6.  Contoh amalan nilai kesederhanaan :
· mengimbangi  pencapaian kurikulum dan kokurikulum
· tidak boros berbelanja