1.6 TOLERANSI
1. Kebaikan mengamalkan sikap toleransi dalam kehidupan bermasyarakat.
· Dapat mengelakkan perselisihan faham antara kaum
· Megeratkan hubungan antara kaum
· Menjamin hubungan baik terus berkekalan
· Menjamin keharmonian hidup bermasyarakat
· Membolehkan dasar-dasar kerajaan dilaksanakan dengan lancar
2. Kesan tidak mengamalkan sikap toleransi dalam masyarakat Malaysia.
· Negara huru hara
· Pergaduhan/perbalahan antara kaum berlaku
· Wujud prasangka/ buruk sangka antara kaum
· Keharmonian hidup bermasyarakat akan terjejas
3. Matlamat utama Dasar Kebudayaan Kebangsaan ( DKK )
· Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara
· Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan
· Mempertingkat kualiti kehidupan manusia
4. Contoh aktiviti yang dapat meningkatkan sikap toleransi antara kaum.
· Rumah terbuka
· Sukan/sukaneka
· Jamuan muhibbah
· Sambutan hari kemerdekaan
· Permainan tradisional seperti congkak
· Sambutan perayaan pelbagai kaum seperti Hari Raya Aidilfitri/ Deepavali dll
5. Kaum pribumi di…
a. Sabah
- Murut, Bajau, Dusun, Kadazan
b. Sarawak
- Iban, Bidayuh, Melanau, Penan, Kelabit
6. Sikap yang ada pada masyarakat majmuk Malaysia untuk menjamin kehidupan yang aman dan harmoni.
· sikap bertolak ansur antara satu sama lain
· saling memahami cara hidup antara kaum
· saling menghormati adat resam kaum lain
· Menerima perbezaan
7. Contoh yang menunjukkan masyarakat bersatu padu
· kehidupan yang aman, damai dan harmoni
· kestabilan politik dalam negara
· pertumbuhan ekonomi yang mantap
· kejayaan Malaysia menjadi tuan rumah pelbagai acara antarabangsa
8. Jadual perayaan yang terdapat dalam masyarakat Malaysia
Majlis
|
Agama
|
Tujuan
|
Sambutan Maulidur Rasul
|
Islam
|
Memperingati hari kelahiran Nabi Muhamad s.a.w
|
Perayaan Vasaki
|
Sikh
|
Menandakan Pertubuhan Khalsa oleh Guru Gobind Singh
|
Good Friday
|
Kristian
|
Tanda memperingati penyaliban Nabi Isa kerana menebus dosa umat manusia
|
Perayaan Ponggal
|
Hindu
|
Tanda kesyukuran atas nikmat Tuhan
|
Hari Wesak
|
Buddha
|
Melambangkan kelahiran, pencerahan agung dan kewafatan Gautama Buddha
|
1.7 BERDIKARI
1. Contoh amalan berdikari dalam kehidupan.
· Mengulangkaji pelajaran sebelum peperiksaan
· Mengemaskan bilik tidur setiap hari
· Bekerja sambilan pada masa cuti
2. Kesan pergantungan bantuan kewangan daripada negara lain untuk memajukan negara, terhadap :
a) Rakyat
· Terpaksa menanggung beban hutang
b) Masyarakat
· Hilang rasa bangga terhadap negara
· Berasa tidak puas hati dengan kerajaan
c) negara
· Dipandang rendah oleh dunia luar
· Hilang keyakinan para pelabur
3. Sikap yang perlu ada pada seseorang pemimpin.
· Keupayaan untuk menyelesaikan masalah
· Bertanggungjawab dalam melaksanakan kerja
· Cekap dan cepat bertindak untuk menangani masalah
· Melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab dan amanah
4. Peranan seorang wakil rakyat terhadap masyarakat.
· Menjaga kebajikan rakyat
· Menyelesaikan masalah rakyat
· Memajukan ekonomi masyarakat setempat
5. Kepentingan amalan berdikari bagi :
a. pelajar
- dapat usaha sendiri untuk mencapai kecemerlangan dalam pendidikan
b. pekerja
- dapat meningkatkan produktiviti syarikat
6. Ciri-ciri orang yang mempunyai nilai berdikari
· berusaha sendiri
· tidak bergantung kepada orang lain
· menghadapi masalah / rintangan dengan positif dan tabah hati
7. Bukti negara kita sudah mampu hidup berdikari
· pembedahan ”telinga bionik” di UKM
· pelancaran satelit ”MEASAT”
· teknologi pertanian – mencipta kaedah kacukan tanaman
8. Dua orang wira negara yang berjaya mendaki Gunung Everest
· M. Magendren
· N. Mohandas
· Muhammad Muqharabbin Mokhtaruddin
· Ahmad Reduan Rozali
1.8 KERAJINAN
1. Ciri-ciri seorang pelajar yang rajin.
· Cekal menghadapi cabaran
· Gigih menghadapi rintangan/dugaan
· Sentiasa berusaha untuk memajukan diri
· Sanggup mengorbankan masa dan tenaga untuk mencapai kejayaan
2. Contoh sikap kerajinan yang diamalkan dalam masyarakat Jepun.
· Rajin bekerja
· Rajin berbincang
· Rajin mencipta sesuatu yang baru/berinovasi
· Rajin belajar terutamanya mata pelajaran Sains
3. Contoh-contoh binaan silam yang menakjubkan di dunia
· Tembok Besar Negeri China
· Taj Mahal di India
· Piramid di Mesir
4. Contoh yang menunjukkan masyarakat kini lebih rajin
· Wujudnya lebih ramai hartawan /jutawan
· Lahirnya pelbagai reka cipta baru ( komputer)
· Lebih banyak bidang diterokai (angkasa lepas)
· Lebih banyak kejayaan dicapai ( pendidikan / sukan)
5. Cara anda menunjukkan sikap rajin sebagai :
a. Anak
- membantu ibu bapa membuat kerja di rumah
b. Pelajar
- banyak membaca dan membuat latihan yang diberi guru
6. Peribahasa yang manggambarkan nilai kerajinan
· belakang parang kalau diasah lagikan tajam
· kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya
· berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian. Bersakit-sakit dahulu,
bersenang-senang kemudian.
1. Contoh amalan keadilan dalam pentadbiran kerajaan Malaysia.
· Pemberian hak milik tanah oleh FELDA.
· Penyediaan kemudahan asas seperti air dan elektrik kepada penduduk luar bandar.
· Penyediaan rumah kos rendah kepada golongan rakyat miskin
· Pemberian biasiswa kepada pelajar yang layak
2.a) Cukai yang perlu dibayar oleh rakyat.
· Cukai pendapatan, Cukai jalan, Cukai perkhidmatan, Cukai tanah
b) Tujuan kerajaan mengenakan cukai.
· Membiayai perbelanjaan kerajaan
· Melindungi industri muda
3. Dua organisasi untuk menegakkan keadilan di Malaysia :
· Mahkamah
· SUHAKAM (Suruhanjaya Hak Asasi Manusia)
4. Tiga peranan SUHAKAM
· menyiasat aduan tentang kes pelanggaran hak asasi manusia di
Malaysia
· memupuk kesedaran dan menyediakan pendidikan yang berhubungan
dengan hak asasi manusia
· menasihati dan membantu kerajaan dalam merumuskan perundangan
berkaitan
5. Keadilan boleh menjamin kesejahteraan masyarakat. Contohnya,
· orang yang didapati bersalah akan mendapat hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan
· hukuman yang lebih berat ke atas pesalah dapat mewujudkan kesedaran dalam kalangan orang ramai termasuk pesalah supaya tidak terlibat dengan kesalahan yang sama
1.11 RASIONAL
1. Langkah-langkah penyelesaian masalah secara rasional
· Melaporkan kepada pihak sekolah/berkuasa
· Berbincang/berunding untuk menyelesaikan masalah
2. Kesan sekiranya bertindak tanpa berfikir
· Menyinggung perasaan orang lain
· Menimbulkan konflik/pergaduhan/perselisihan faham/perbalahan
3. Tindakan rasional dalam situasi berikut:
a. Gagal dalam peperiksaan SPM
· mengenal pasti kelemahan dan mencari jalan untuk memperbaikinya
b. Tiada wang untuk membayar yuran peperiksaan SPM
· beritahu guru tentang masalah sebenar
· memohon bantuan daripada badan kebajikan
c. Pujukan kawan untuk lari dari rumah
· menolak pujukan kawan
· memberitahu guru untuk mendapatkan nasihat
4. Kesan perbuatan remaja lari dari rumah terhadap :
a. diri remaja
· tiada sumber kewangan
· keselamatan terancam
b. keluarga remaja
· menjatuhkan maruah keluarga
· memalukan keluarga
5. Kesan tidak menyelesaikan masalah melalui rundingan terhadap :
a. Keselamatan negara
· negara terdedah kepada ancaman luar dan huru-hara
b. institusi keluarga
· perpecahan keluarga menyebabkan berlakunya penceraian dan penderaan
c. Sosial
· keruntuhan akhlak remaja
d. Ekonomi
· pelabur kurang yakin, ekonomi tidak stabil, rakyat hilang pekerjaan
6. Ibu bapa merupakan orang yang paling banyak mendera kanak-kanak kerana:
· tekanan emosi
· kemiskinan
· pergaduhan antara suami -isteri
· kerenah anak-anak yang nakal
7. Usaha - usaha yang boleh diambil bagi menyedarkan ibu bapa dan masyarakat bahawa mereka sepatutnya menjadi pelindung kanak-kanak.
· menguatkuasakan undang-undang
· hukuman yang lebih berat
· kempen kesedaran
· menganjurkan kursus keibubapaan
5 Kesan-kesan penganiayaan terhadap diri dan masa depan kanak-kanak
· perkembangan emosi terjejas
· kanak-kanak menjadi tidak normal
· tiada keyakinan diri
· menjadi pendiam
· menjadi pendendam
6. Faktor yang menyebabkan berlakunya penderaan kanak-kanak
a. ibu bapa
· panas baran
· tekanan emosi
· kemiskinan/masalah kewangan
b. anak
· karenah anak yang nakal
· tidak mendengar nasihat
c. sikap pembantu rumah
· panas baran
· materialistik
· tidak bertanggungjawab
7. Ibu bapa tidak wajar mendera anak-anak mereka kerana:
· anak ialah amanah Tuhan yang sepatutnya dikasihi
· akan menjejaskan perkembangan mental dan fizikal anak-anak
· boleh menyebabkan berlakunya kecacatan atau kematian
8. Faktor-faktor lain yang sering kali dikaitkan dengan penderaan kanak-kanak ialah:
· kerenah anak
· sikap pembantu rumah yang panas baran
· sikap jiran yang individualistik
9. Kesan penganiayaan terhadap diri dan masa depan kanak-kanak tersebut adalah seperti yang berikut:
· perkembangan emosi terjejas dan menjadi tidak normal
· kanak-kanak membesar tanpa keyakinan diri
· menjadi seorang yang pendendam dan berkecenderungan menjadi pendera pada masa hadapan
10. Usaha-usaha yang boleh dibuat oleh kerajaan untuk memberi kesedaran kepada ibu bapa dan masyarakat supaya menjadi pelindung kanak-kanak ialah:
· menguatkuasakan undang-undang dengan menetapkan hukuman yang lebih serius terhadap ibu bapa yang mendera anak mereka
· mengadakan kempen untuk memberi kesedaran kepada ibu bapa bahawa mereka harus menjadi ibu bapa yang penyayang
· menganjurkan kursus-kursus motivasi seperti kursus perkahwinan dan keibubapaan
11. Masalah pembuangan bayi masih berlaku kerana:
· tiada sifat belas ihsan dan kasih sayang
· pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan
· kurangnya pendidikan agama/moral di kalangan masyarakat
12. Orang sanggup membuang bayi mereka kerana:
· anak yang dilahirkan cacat
· kesempitan wang dan tidak dapat menyara kehidupan bayi itu
· malu kepada keluarga dan masyarakat kerana melahirkan anak luar nikah
13. Usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk menangani masalah pembuangan bayi ialah:
· kerajaan harus mengadakan kempen kesedaran kepada masyarakat supaya mereka menyayangi dan megasihi anak-anak mereka
· masyarakat harus melaporkan kes-kes pembuangan bayi kepada pihak berkuasa mempertingkatkan pendidikan agama/moral di kalangan masyarakat
14. Golongan bernasib baik dapat membantu golongan yang kurang bernasib baik dengan cara:
· memberi sokongan moral, contoh member nasihat dan motivas
· memberi bantuan kewangan
· memberi bantuan kebendaan, contoh pakaian, makanan dan barang keperluan asas
15. Golongan yang bernasib baik patut menderma kepada golongan yang kurang bernasib baik kerana:
· golongan yang kurang bernasib baik memerlukan bantuan dan sokongan
· mempunyai keupayaan dan kemampuan untuk menghulurkan bantuan
16. Golongan kurang bernasib baik tidak patut sentiasa bergantung kepada golongan bernasib baik kerana:
· golongan yang kurang bernasib baik perlulah berdikari
· berusaha untuk memperbaiki taraf hidup
17. Usaha yang dapat dilakukan untuk membantu golongan ialah:
· menubuhkan yayasan khas untuk mengumpul dana bagi membantu mere
· mewujudkan pusat kemahiran untuk melatih mereka hidup berdikari
18. Golongan kurang bernasib baik perlu dibantu kerana:
· mereka memerlukan bantuan
· sudah menjadi tanggungjawab sesama insan untuk menjaga kebajikan bersama
19. Kesan buruk akibat perbuatan manusia yang tidak baik
a) Penerokaan hutan secara berleluasa
· Habitat haiwan musnah
· Hakisan tanah / tanah runtuh
· Suhu udara meningkat
b) Pembuangan sampah sarap ke dalam sungai
· Banjir kilat
· Hidupan akuatik terjejas
· Persekitaran berbau busuk
· Merosakkan pandangan darat fizikal
c) Rasuah bola sepak
· Kesahihan keputusan dipertikaikan
· Menimbulkan rasa tidak puas hati pihak lawan
· Menimbulkan pergaduhan
· Hilang kepercayaan terhadap pengadil
20. Contoh-contoh masalah sosial dan alam sekitar
· Budaya lepak
· Remaja lari dari rumah
· Penyalahgunaan dadah
· Banjir kilat
· Pencemaran air/udara
· Penipisan lapisan ozon
21. Cara-cara untuk menangani masalah sosial:
· Memberi nasihat / kaunseling
· Melaporkan kepada pihak berkuasa
22. Cara-cara untuk menangani masalah alam sekitar.
· Menganjurkan kempen kesedaran
· Menguatkuasa undang – undang
· Melaporkan kepada Jabatan Alam sekitar (JAS)
23. Kesan sekiranya masalah-masalah sosial tidak diatasi.
i. Masalah sosial
· Jenayah bertambah
· Ketenteraman masyarakat terjejas/Negara huru hara
ii. Masalah alam sekitar
· Kualiti udara semakin merosot
· Kesihatan penduduk terjejas
24. Cara ilmu berikut membantu manusia hidup sejahtera
a. Ilmu teknologi maklumat
-membolehkan kita untuk menghantar maklumat dengan cepat
b. Ilmu sains perubatan
-menghasilkan perbagai kaedah rawatan seperti teknik pembedahan dan
Vaksin
25.Kesan jika orang yang berilmu :
a. menggunakan ilmu ke arah kebaikan
- dapat membantu ke arah kesejahteraan hidup sejagat
b. menyalahgunakan ilmu yang diperolehnya
- membawa kemudaratan kepada manusia dan hidupan lain di bumi
26. Dua cara penjagaan kesihatan diri
· mengamalkan amalan pemakanan yang seimbang
· mengamalkan gaya hidup sihat dengan cara bersenam
1.12 KESEDERHANAAN
1. Sebab-sebab pembangunan fizikal perlu diseimbangkan dengan pembangunan insan.
· Melahirkan rakyat yang berilmu dan bermoral
· Kehidupan rakyat lebih aman dan harmoni
· Keseimbangan alam sekitar dapat dikekalkan
2. Ramalkan kesan sekiranya sistem pendidikan sesebuah negara memisahkan ilmu daripada agama, moral, budaya dan nilai kemanusiaan.
· Pelajar yang tinggi pencapaian akademik tetapi tidak mengamalkan nilai –nilai murni.
· Kebajikan golongan kurang berupaya terabai
· Institusi keluarga akan runtuh
3. Bukti-bukti kerajaan menitikberatkan pembangunan insan.
· Pengenalan mata pelajaran Pendidikan Moral,Pendidikan Islam.
· Kempen Penyayang dan Sekolahku Syurgaku
· Mewujudkan sekolah pendidikan khas.
4.Tingkah laku kesederhanaan :
a. pertuturan
- bercakap sopan
- tidak menyinggung perasaan orang lain
b. perbelanjaan
- tidak boros
- berbelanja mengikut kemampuan
c. pemikiran
- mengambil pertimbangan yang tidak keterlaluan
- tidak buruk sangka
d. berpakaian
- bersesuaian dengan adat dan nilai masyarakat
5. Kesan tindakan manusia yang tidak menitikberatkan nilai kesederhanaan :
a. Hubungan manusia sesama manusia
· bersaing secara tidak sihat
· sanggup melakukan apa sahaja untuk mengejar kemewahan
· bertindak tanpa perikemanusiaan
b. Hubungan manusia dengan alam sekitar
· kualiti kehidupan manusia terjejas
· berlaku kemusnahan alam yang teruk
6. Contoh amalan nilai kesederhanaan :
· mengimbangi pencapaian kurikulum dan kokurikulum
· tidak boros berbelanja
No comments:
Post a Comment