Sunday, May 28, 2017

BENTUK SOALAN SPM MORAL

(A) Bahagian Struktur

1.

Bentuk soalan:
 Nyatakan / Berikan / Cadangkan / TULISKAN Nilai
Kehendak Jawapan:
 Nilai sahaja diperlukan.
Pedoman: Calon hanya perlu memberikan nilaisahaja. Diwajibkan dalam bentuk ayat.

Contoh:
Nyatakan dua nilai yang telah diamalkan oleh Nicol Ann David untuk mencapai kecemerlangan serta mengharumkan nama negara dalam sukan skuasy. [2 markah]

Jawapan:
(i) Nilai kerajinan telah diamalkan oleh Nicol Ann David.
(ii) Nilai sanggup berkorban untuk negara telah diamalkan oleh beliau.

Ulasan:
Bentuk jawapan terkawal, satu baris / ruang untuk satu nilai sahaja, nilai ditulis berasingan dengan(i) dan (ii).Gariskan nilainya juga.
(i) Nilai 1.8 sebab mencapai kecemerlangan.
(ii) Nilai 4.3 sebab mengharumkan nama negara.


2.

Bentuk soalan:
 Berikan / Jelaskan Maksud atau Definisi Nilai
Kehendak Jawapan: Maksud atau definisi nilaiberkenaan sahaja diperlukan.
Pedoman:
 Calon hanya perlu memberikan maksud nilai berdasarkan kata kunci penerangan nilai (kkpn) sahaja.

Contoh:
Berikan maksud nilai menghormati hak golongan kurang berupaya. [2 markah]

Jawapan:
Nilai menghormati hak golongan kurang berupaya bermaksudmemberi layanan yang bersopan kepadagolongan kurang berupaya supaya tidak berasa tersisih dan mengiktirak mereka sebagai insan ciptaanTuhan.

Ulasan:
1. Jawapan perlu muladengan: Nilai (apa) bermaksud (kkpn) atau Maksud nilai (apa) ialah (kkpn)
2. Kalau lebihdaripada satu nilai di (b): Berikan maksud nilai mengikut urutan nilai yanganda jawab di (a). Cara menulisnya seperti ulasan 1.


3.

Bentuk soalan:
 Jelaskan / Terangkan Nilai
Kehendak Jawapan:
 Nilai dan penerangandiperlukan.
Pedoman: Calon perlu memberikan nilai danpenerangan berfokus berdasarkan kata kunci penerangan. Fokus yang dimaksudkanialah watak atau situasi yang relevan.

Contoh:
Jelaskan dua nilaiyang harus diamalkan oleh ibu bapa untuk menangani isu penderaan kanak-kanak dirumah. [4 markah]

Jawapan:
(i) Nilai kasihsayang terhadap keluarga (harus diamalkan oleh) ibu bapa. Ibu bapaharus mempunyai perasaan kasih dansayang yang mendalam dan berkekalan terhadap keluarga khasnya kanak-kanak.
(ii) Nilai melindungihak kanak-kanak. Ibu bapa harusmembela, memberi naungan dan memelihara hak kanak-kanak daripada penderaan.

Ulasan:
1. Asingkan N dengan P.
2. P-nya perlu ada watak dan berfokus.


4.

Bentuk soalan: Huraikan Nilai
Kehendak Jawapan: Nilai, Penerangan dan huraian/ contoh.
Pedoman:
 Calon perlu memberikan nilai dengandiikuti penerangan dan huraian atau contoh yang relevan.

Contoh:
Huraikan satu nilaiyang patut diamalkan oleh pemaju perumahan untuk mengelakkan kejadian tanahruntuh. [3 markah]

Jawapan:
Nilai kemapananalam sekitar patut diamalkan oleh pemaju perumahan. Pemaju patut mengekalkan keseinbangan alam sekelilingsebagai tanggungjawab bersama. Pemaju patutmemajukan projek perumahanmengikut penilaian kesan alam sekitar (EIA).

Ulasan:
Bentuk jawapan mesti mengandungi Nilai, Penerangan danhuraian atau contoh.


5.

Bentuk soalan:
 Nyatakan / Cadangkan / Berikan Faktor(punya, sebab)
Kehendak Jawapan:
 Faktor / Punca / Sebab sahajadiperlukan.
Pedoman:
 Calon perlu menyatakan factor sahajatentang sesuatu isu yang dikemukan.

Contoh:
Nyatakan dua puncapencemaran sungai di negara kita.[2markah]

Jawapan:
(i) Pencemaran sungai berpunca daripada pembuangan sisa toksik oleh pekilang dan pembuangan sisa pepejal olehpenduduk.
(ii) Pencemaran sungai juga berpunca daripada penggunaan racun serangga dan baja kimia.

Ulasan:
1. Setiap factor / punca perlu relevan dengan isu / aspekyang ditanya. Jangan beri jawapan umum sahaja. Jangan bagi factor yang samakonteksnya.
2. Terdapat banyak punca pencemaran sungai, tuliskanmana-mana dua sahaja.


6.

Bentuk soalan:
 Jelaskan Faktor (Punca, Sebab)
Kehendak Jawapan:
 Faktor / Punca / Sebab danhuraian atau contoh sahaja.
Pedoman:
 Calon perlu menjelaskan faktor sesuatuisu yang dikemukakan berserta huraian atau contoh yang revelan.

Contoh:
Jelaskan dua faktorremaja terbabit dalam pelbagai gejala sosial masyarakat. [2 markah]

Jawapan:
(i) Salah satu faktor tersebut ialah pengaruh rakan sebaya. Contohnya rakan sebaya yang suka akan lumbaharam akan mempengaruhi remaja untuk berlumba.
(ii) Satu lagi faktornya ialah kurang keprihatinan daripada ibu bapa. Ini kerana ibu bapa sibukbekerja sehingga remaja terbiar tanpa kawalan.

Ulasan:
1. Setiap faktor / punca perlu relevan dengan isu / aspekyang ditanya. Penjelasan atau contohnya mesti berkaitan dengan faktor yangdiberikan.
2. Terdapat banyak faktor masalah sosial remaja.

(i) Pengaruh rakansebaya bermasalah / pengaruh media massa/ Internet.

(ii) kurangprihatin ibu bapa yang sibuk bekerja.


7.

Bentuk soalan:
 Nyatakan Langkah (Cara, usaha, kaedah, teknik, strategi, tindakan)
Kehendak Jawapan:
 Langkah / cara / usaha / kaedah/ teknik / strategi / tindakan sahaja diperlukan.
Pedoman:
 Calon hanya perlu memberikan langkahuntuk menangani sesuatu masalah yang dikemukakan.

Contoh:
Nyatakan dua langkahyang berkesan untuk menangani isu pencemaran sungai di negara kita. [2 markah]

Jawapan:
(i) Langkah yang berkesan pertama ialah Jabatan Alam Sekitar(JAS) harus sentiasa memantau keadaansungai dari semasa ke semasa.
(ii) Selain itu JAS harus menguatkan undang-undang alam sekitar (Akta Kualiti Alam Sekitar)

Ulasan:
1. Setiap langkah perlu relevan dengan isu / aspek yangditanya. Jangan beri jawapan umum sahaja. Jangan bagi langkah / cara yang samakonteksnya.
2. Terdapat banyak langkah untuk menangani pencemaransungai.

(i)menguatkuasakan undang-undang.

(ii) kempenkesedaran seperti Cintailah Sungai Kita.


8.

Bentuk soalan: Jelaskan langkah (Cara, usaha, kaedah, teknik, strategi, tindakan)
Kehendak Jawapan: Langkah/ Cara/ Usaha/ Kaedah/Teknik/ Strategi/ Tindakan sahaja diperlukan dalam jawapan.
Pedoman: Calon perlu menjelaskan langkah yangdisarankan untuk menangani apa-apa isu yang dikemukakan bersama contoh yangrelevan.

Contoh: 
Jelaskan dua usahauntuk memuliakan OKU di negara kita.[4markah]

Jawapan: 
(i) Antara usahanya adalah dengan menyediakan kemudahan asas untuk OKU. Seperti tandas khasOKU dan tempat letak kereta OKU.
(ii) Selain itu, kita juga harus menjaga kebajikan OKU. Seperti memberi peluang pekerjaan danbantuan kewangan kepada OKU.

Ulasan:
1. Setiap usaha/ cara perlu relevan dengan isu/ aspek yangditanya. Penjelasan atau contohnya mesti berkaitan dengan langkah/ usaha/ carayang diberikan.
2. Terdapat banyak langkah untuk memuliakan OKU.

(i) menyediakan kemudahan awam.
(ii) menyediakan peluang kerjaya.
(iii) majlis khas OKU.
(iv) anugerah OKU cemerlang(bidang: Pekerja/ Guru/ Usahawan)


(a) M. Tinggi, M. Seksyen, M.Majistret.
(b) M. Juvana, M. Syariah.
(ii) Semua institusi sedunia

(a) Mahkamah KeadilanAntarabangsa.


15.

Bentuk soalan:
 Nyatakan contoh (seperti aktiviti/ kegiatan/ program)
Kehendak Jawapan: Contoh yang berkaitan denganAktiviti/ Kegiatan/ Program sahaja.
Pedoman: Calon hanya diminta menyatakan contohyang relevan dengan sesuatu situasi yang diberikan.

Contoh:
Nyatakan dua contohprogram yang dapat memulihara alam sekitar. [2 markah]

Jawapan:
(i) PenghutananSemula.
(ii) Program AlamLestari.

Ulasan:
Contoh yang diberikan perlu mengikut isu/ situasi yangrelevan.
(i) isu melepak perlu akan contoh mengisi masa lapang
(a) kerja kebajikan (amal).
(b) program Rakan Muda.
(ii) isu menyalahi undang-undang perlu akan contoh tindakanpihak berkuasa

(a) (pihak)menguatkuasakan undang-undang (apa)/ Akta (apa)
(b) (pihak) memantau (isu apa)
(c) (pihak) melancarkan kempenkesedaran (apa)


16.

Bentuk soalan:
 Nyatakan kebaikan [manfaat, faedah]
Kehendak Jawapan:
 Kebaikan/ Manfaat/ Faedahsahaja diperlukan.
Pedoman:
 Calon hanya perlu menyatakan kebaikansesuatu aspek yang diberikan.

Contoh:
Nyatakan dua kebaikanMajlis Hari Terbuka pada musim perayaan di negara kita. [2 markah]

Jawapan:
(i) Kebaikannya ialah dapat memupuk perpaduan nasional.
(ii) Majlis tersebut juga dapat memeriahkan suasana sambutan sesuatu perayaan.

Ulasan:
Terdapat beberapa bentuk jawapan kebaikan
(i) untuk diri
(seperti:Rakan Muda)
(ii) untuk komuniti
(seperti:Khidmat Sosial)
(iii) untuk organisasi
(seperti:Bina Semangat)
(iv) untuk negara
(seperti:Dasar/ Wawasan)
(v) untuk sejagat
(seperti:Hari Bumi Sedunia)

17.

Bentuk soalan:
 Jelaskan kebaikan [manfaat, faedah]
Kehendak Jawapan: Kebaikan/ Manfaat/ Faedah dancontoh yang relevan diperlukan.
Pedoman: Calon dikehendaki menjelaskan kebaikanterhadap sesuatu aspek yang

Contoh: 
Jelaskan satukebaikan Program Latihan Khidmat Negara kepada pesertanya. [1 markah]

Jawapan:
Kebaikannya ialah setiappeserta dapat memupuk semangat kecekalan dan dedikasi

Ulasan:
1. Setiap kebaikan perlu relevan dengan isu/ aspek yangditanya. Penjelasan atau contohnya mesti berkaitan dengan kebaikan yangdiberikan.
2. Kebaikan perlu disertai penjelasan dan atau contoh yangrelevan.


18.

Bentuk soalan: Nyatakan peranan/ fungsi
Kehendak Jawapan: untuk menghadapicabaran hidup. Peserta dapat belajar menghadapi sesuatu cabaran dengan tabahserta sanggup mengorbankan masa dan tenaga untuk merealisasikan sasaranhidupnya.
 Peranan/ Fungsi sahaja.
Pedoman: Calon dikehendaki menyatakan perananatau fungsi sesuatu pihak atau agensi yang berkaitan dengan situasi yangdiberikan.
www.durian99.com
Contoh:
Nyatakan dua fungsiPERHILITAN terhadap alam sekitar.[2markah]

Jawapan: 
(i) PERHILITAN berfungsi untuk mengawal dan mengekal hidupan liar.
(ii) PERHILITAN juga berfungsi untuk menguruskan TamanNegara.

Ulasan:
Semua fungsi yang dinyatakan mesti termaktub dalam NGO,Agensi sekiranya pihak berkenaan ditanya.


19.

Bentuk soalan:
 Jelaskan peranan/ fungsi
Kehendak Jawapan: Peranan/ Fungsi dan contohsahaja.
Pedoman: Calon dikehendaki menjelaskan peranansesuatu pihak atau agensi yang relevan.

Contoh:
Jelaskan satu perananMahkamah Perusahaan di negara kita.[2markah]

Jawapan:
Mahkamah Perusahaan berperanan untuk membicarakan kes melibatkan majikan-pekerja dan menyelesaikan kes pertikaianmajikan-pekerja.

Ulasan:
1. Peranan/ fungsi perlu disertai penjelasan dan/ ataucontoh.
2. Peranan boleh terdiri daripada individu (OKU),masyarakat, agensi kerajaan, NGO dan sebagainya.


20.

Bentuk soalan: Nyatakan sifat/ ciri
Kehendak Jawapan: Sifat/ Ciri sahaja diperlukan.
Pedoman: Calon harus menyatakan sifat-sifat atauciri-ciri sesuatu nilai atau amalan yang relevan.
www.durian99.com
Contoh:
Nyatakan dua sifatnilai sikap keterbukaan yang perlu kita amalkan untuk menangani sesuatupertikaian. [2 markah]

Jawapan:
(i) Sifat pertama ialah kita harus bersedia memberi pandangan, pembaruan dan kritikan yang membinauntuk menyelesaikan sesuatu pertikaian.
(ii) Sifat kedua ialah kita harus bersedia menerima pandangan, pembaruan dan kritikan yang membinauntuk menyelesaikan sesuatu pertikaian.

Ulasan:
Ciri-ciri nilai boleh gunakan kata kunci penerangan dengandisertai
(i) watak.
(ii) berfokuskan isu/ aspek berkenaan.


21.

Bentuk soalan: Jelaskan sifat/ ciri
Kehendak Jawapan: Sifat/ Ciri dan huraian ataucontoh sahaja.
Pedoman:
 Calon dikehendaki menjelaskan sesuatusifat yang relevan dengan contohnya.

Contoh:
Jelaskan dua cirikerajinan yang dapat pelajar contohi daripada kejayaan Nur Amalina dapat pencapaianakademiknya.

Jawapan:
(i) Pelajar dapat mencontohi usaha yang berterusan yang diamalkan oleh Nur Amalina. Misalnyabeliau terus berinisiatifuntukmencapai kecemerlangan akademiknya.
(ii) Pelajar juga dapat mencontohi semangat ketekunan dan dedikasi beliau. Misalnya bersungguh-sungguhdan mengorbankan masa dan tenaga untuk berjaya dalam akademik.

Ulasan:
Penjelasan ciri-ciri perlu diserta contoh yang relevan.


22.

Bentuk soalan:
 Nyatakan/ Berikan cadangan/ pendapat 
Kehendak Jawapan: Cadangan/ Pendapat sahaja.
Pedoman:
 Calon diminta mengesyor ataumenyarankan pendapat yang relevan untuk menangani atau menjayakan sesuatu aspekyang diberikan.www.durian99.com
Contoh:
Berikan dua cadanganpihak sekolah dapat membantu OKU di sekolah anda. [2 markah]

Jawapan:
(i) Pihak sekolah harusmenyediakan kemudahan asas seperti tandas OKU kepadanya.
(ii) Warga sekolah harus membantunya dalam proses pembelajaran di kelas.

Ulasan:
Pendapat yang diberikan mestilah relevan dengan isu/ fokussituasinya.


23.

Bentuk soalan: Jelaskan cadangan/ pendapat 
Kehendak Jawapan: Penjelasan cadangan/ pendapatsahaja diperlukan.
Pedoman:
 Calon perlu menjelaskan cadangan ataupendapat yang diminta untuk menangani atau merealisasikan sesuatu aspek.www.durian99.com
Contoh:
Jelaskan pendapat andauntuk menyokong Program Kitar Semula di negara kita.

Jawapan:
(i) Program Kitar Semula dapat menangani pengurusan sampah di negara kita. Misalnya sampahdapat dikurangkan.
(ii) Program tersebut juga dapat menangani isu pencemaran. Misalnya pembakaran

Ulasan:
1. Penjelasan pendapat perlu disertai contoh yang relevan.
2. Gunakan misalnya, antaranya, seperti.

(B) Bahagian Esei


1.

Bentuk Soalan: Huraikan dua nilai
Kehendak Jawapan: Menghuraikan dua nilai bersertapenerangan, huraian atau contoh.
Pedoman Menjawab: Calon menyatakan dua nilai secara berasingkan berserta kata kuncipenerangan berfokus dengan huraian atau contoh yang relevan dengan situasinya.
sampahsecara terbuka dapat dikurangkan.
www.durian99.com
Bentuk Jawapan untuk setiapset nilai adalah seperti berikut:

Nilai (N) +
Kata kunci penerangan berfokus (P) + Huraian atau Contoh (hatau c) +
Kata kunci penerangan berfokus (P) + Huraian atau Contoh (hatau c)


2.

Bentuk Soalan: Huraikan langkah
Kehendak Jawapan:
 Menghuraikan langkah-langkahyang relevan dengan nilai-nilai yang tepat.
Pedoman Menjawab: Calon dekehendak menghuraikanlangkah yang relevan. Namun jawapan masih perlu disertai oleh dua set nilaiyang berkaitan berserta dua kata kunci penerangan, huraian atau contoh langkahyang berkaitan dengan situasi.


3.

Bentuk Soalan: Berdasarkan dua nilai moral,huraikan tindakan / pendirian anda.
Kehendak Jawapan: Tindakan mesti ada dan diikutioleh dua nilai berserta penerangan, huraian atau contoh.
Pedoman Menjawab:
 Calon mesti menyatakan tindakanatau pendirian dahulu. Kemudian barulah menghuraikan dua nilai berserta katakunci penerangan berfokuskan situasi atau pihak. Huraikan atau contoh perluadalah untuk melengkapi penerangan.

AKTA DAN DASAR KERAJAAN

AKTA (TINGKATAN 4)

1. AKTA PERLINDUNGAN KANAK-KANAK
Cadangan Nilai
Amanah
Bertanggungjawab
Kasih sayang
Kasih sayang terhadap keluarga
Tamggungjawab terjadap keluarga
Melindungi hak kanak-kanak
Mematuhi peraturan dan undang-undang

2. AKTA PENCEGAHAN RASUAH
Cadangan Nilai
Amanah
Harga Diri
Bertanggungjawab
Keadilan
Mematuhi Peraturan dan Undang-undang

3. AKTA SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA, MALAYSIA, 1999
Cadangan Nilai
Bertanggungjawab
Keadilan
Mematuhi Peraturan dan Undang-undang

4. AKTA PERHUTANAN NEGARA 1984 (PINDAAN 1993)
Cadangan Nilai
Menyayangi dan menghargai alam sekitar
Keharmonian antara manusia dengan alam sekitar
Kemapanan alam sekitar
Peka terhadap isu-isu alam sekitar
Mematuhi peraturan dan undang-undang
Bertanggungjawab
Rasional

5. AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974 (PINDAAN 1985, 1996)
Cadangan Nilai
Menyayangi dan menghargai alam sekitar
Keharmonian antara manusia dengan alam sekitar
Kemapanan alam sekitar
Peka terhadap isu-isu alam sekitar
Mematuhi peraturan dan undang-undang
Bertanggungjawab
Rasional

6. AKTA ZON EKONOMI EKSKLUSIF 1984
Cadangan Nilai
Menyayangi dan menghargai alam sekitar
Keharmonian antara manusia dengan alam sekitar
Kemapanan alam sekitar
Peka terhadap isu-isu alam sekitar
Mematuhi peraturan dan undang-undang
Bertanggungjawab
Rasional

7. AKTA PERUSAHAAN 1967
Cadangan Nilai
Melindungi hak pekerja
Bertanggungjawab
Keadilan
Rasional
Mematuhi Peraturan dan Undang-undang

8. AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI 1960 (ISA)
Cadangan Nilai
Amanah
Harga diri
Bertanggungjawab
Keadilan
Rasional
Mematuhi Peraturan dan Undang-undang

 9. AKTA DADAH BERBAHAYA (1952)
Cadangan nilai
Amanah
Harga diri
Bertanggungjawab
Keadilan
Rasional
Mematuhi Peraturan dan Undang-undang

10. AKTA DADAH BERBAHAYA (LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KHAS) 1984
Cadangan Nilai

Amanah
Harga diri
Bertanggungjawab
Keadilan
Rasional
Mematuhi Peraturan dan Undang-undang

11. AKTA DADAH BERBAHAYA (PERLUCUTAN HARTA) 1988
Cadangan Nilai

Amanah
Harga diri
Bertanggungjawab
Keadilan
Rasional
Mematuhi Peraturan dan Undang-undang

12. AKTA MAHKAMAH JUVANA 1947
Cadangan nilai
Harga diri
Hemah tinggi
Amanah
Bertanggungjawab
Keadilan
Rasional
Kesederhanaan
Mematuhi Peraturan dan Undang-undang


13. AKTA CUKAI PENDAPATAN
Cadangan nilai
Bertanggungjawab
Mematuhi Peraturan dan Undang-undang


14. AKTA HASUTAN 1948 (PINDAAN 1970)
Cadangan nilai
Harga diri
Hemah tinggi
Keadilan
Rasional
Kesederhanaan
Mematuhi Peraturan dan Undang-undang


TINGKATAN 5


1. AKTA RAHSIA RASMI 1972
Cadangan nilai
Harga diri
Hemah tinggi
Amanah
Bertanggungjawab
Keadilan
Rasional
Kesederhanaan
Mematuhi Peraturan dan Undang-undang

2. AKTA KERJA 1955
Cadangan nilai
Harga diri
Hemah tinggi
Amanah
Bertanggungjawab
Keadilan
Rasional
Kesederhanaan
Mematuhi Peraturan dan Undang-undang

3. AKTA PERLINDUNGAN PENGGUNA 1999
Cadangan nilai
Harga diri
Hemah tinggi
Amanah
Bertanggungjawab
Keadilan
Rasional
Kesederhanaan
Mematuhi Peraturan dan Undang-undang
Melindungi hak pengguna

4. AKTA KAWALAN HARGA 1946
Cadangan nilai
Amanah
Bertanggungjawab
Keadilan
Rasional
Kesederhanaan
Mematuhi Peraturan dan Undang-undang

5. AKTA KAWALAN BEKALAN 1961
Cadangan nilai
Amanah
Bertanggungjawab
Keadilan
Rasional
Kesederhanaan
Mematuhi Peraturan dan Undang-undang

6. AKTA TIMBANG DAN SUKAT 1972
Cadangan nilai
Amanah
Bertanggungjawab
Keadilan
Rasional
Kesederhanaan
Mematuhi Peraturan dan Undang-undang

7. AKTA PERIHAL DAGANGAN 1972
Cadangan nilai
Amanah
Bertanggungjawab
Keadilan
Rasional
Kesederhanaan
Mematuhi Peraturan dan Undang-undang

8. AKTA SEWA BELI 1967
Cadangan nilai
Amanah
Bertanggungjawab
Keadilan
Rasional
Kesederhanaan
Mematuhi Peraturan dan Undang-undang

9. AKTA HAKCIPTA 1987
Cadangan nilai
Amanah
Bertanggungjawab
Keadilan
Rasional
Kesederhanaan
Mematuhi Peraturan dan Undang-undang

10. AKTA JUALAN LANGSUNG 1993
Cadangan nilai
Amanah
Bertanggungjawab
Keadilan
Rasional
Kesederhanaan
Mematuhi Peraturan dan Undang-undang

11. AKTA PENCEGAHAN PENYELUDUPAN
Cadangan nilai
Amanah
Bertanggungjawab
Keadilan
Rasional
Kesederhanaan
Mematuhi Peraturan dan Undang-undang

12. AKTA TANDATANGAN DIGITAL 1997
Cadangan nilai
Amanah
Bertanggungjawab
Keadilan
Rasional
Kesederhanaan
Mematuhi Peraturan dan Undang-undang

13. AKTA JENAYAH KOMPUTER 1997
Cadangan nilai
Amanah
Bertanggungjawab
Keadilan
Rasional
Kesederhanaan
Mematuhi Peraturan dan Undang-undang

14. AKTA TELEPERUBATAN 1997
Cadangan nilai
Amanah
Bertanggungjawab
Keadilan
Rasional
Kesederhanaan
Mematuhi Peraturan dan Undang-undang

15. AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998
Cadangan nilai
Amanah
Bertanggungjawab
Keadilan
Rasional
Kesederhanaan
Mematuhi Peraturan dan Undang-undang

16. AKTA SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998
Cadangan nilai
Amanah
Bertanggungjawab
Keadilan
Rasional
Kesederhanaan
Mematuhi Peraturan dan Undang-undang


DASAR  (TINGKATAN 4)
1. BERSIH CEKAP DAN AMANAH (BAC)
2. DASAR HUTAN KEBANGSAAN
3. DASAR WANITA NEGARA (DWN)
4. DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL
5. DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN
6. DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN
7. DASAR BAHASA KEBANGSAAN
8. WAWASAN 2020
9. DASAR BERKECUALI


TINGKATAN 5
1. DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL 1991
2. DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN
3. DASAR EKONOMI BARU 
4. DASAR PENGGUNA NEGARA (DPN) 2002