Thursday, February 14, 2019

LATIHAN VANDALISME

1. Perbuatan vandalisme membawa pelbagai kesan dari segi sosial, ekonomi dan politik.
i) Huraikan 3 nilai yang patut yang diamalkan oleh setiap orang supaya perbuatan vandalisme di atas dapat dikawal.

ii)Nyatakan 2 kesan perbuatan vandalisme terhadap masyarakat setempat.

iii) Cadangkan 2 cara bagaimana anda dapat mengatasi masalah vandalisme.

LATIHAN NILAI 2.1

1. Nyatakan 3 hari istimewa dalam keluarga.
a..................
b..................
c..................

2. Nyatakan 3 cara anda menyambut Hari Ibu
a..................
b..................
c..................

3. Nyatakan 3 Cara anda membalas jasa ibu bapa anda setelah anda berjaya dalam hidup.
a..................
b..................

c..................

4. Nyatakan 3 situasi yang dapat menimbulkan konflik dengan ibu bapa.
a..................
b..................
c..................

5. Nyatakan 3 keperluan asas yang perlu disediakan oleh ibu bapa terhadap anak-anak.
a..................
b..................
c..................

NOTA 2.1

BIDANG 2- NILAI BERKAITAN DENGAN KEKELUARGAAN
2.1  KASIH SAYANG TERHADAP KELUARGA/KASIH SAYANG
1. Jasa dan pengorbanan ibu terhadap keluarga.
· Menjaga anak-anak dengan sempurna
· Memberi didikan yang perlu
· Memenuhi keperluan asas anak-anak termasuk kasih sayang
2. Cara anak menunjukkan kasih sayang terhadap ibu bapa
· Menjaga ibu bapa dengan baik
· Memberi layanan yang mesra dan sopan
· Sentiasa berada di sisi mereka
· Mematuhi suruhan ibu bapa dan tidak mengengkari arahan mereka
 3.  Tiga contoh jasa atau peranan ibu bapa
· memberi  pendidikan  yang  sempurna
· bekerja  keras  untuk  menyara  keluarga/mencari nafkah
· membesarkan  anak-anak dengan penuh kasih sayang

4.  Tiga cara anak dapat menunjukkan kasih sayang kepada ibu bapa
· meraikan  hari  jadi  ibu  bapa
· sentiasa  bersama  mereka  pada  hari-hari  perayaan seperti tahun Baru cina
· meraikan  hari-hari  istimewa  keluarga seperti hari ibu/harijadi ibu bapa
5.  Cara anda membalas jasa ibu bapa anda setelah anda berjaya dalam hidup.
· membantu  persekolahan  adik-adik
· berusaha  mencari  pekerjaan  untuk  menanggung  beban  keluarga
· menabung  untuk  keperluan   perubatan  dan  keraian  ibu  bapa
6. Kepentingan menyambut hari istimewa dalam sesebuah keluarga.
· mengeratkan  hubungan  kekeluargaan
· mempertemukan  keluarga  yang  tinggal  berjauhan
menunjukkan   rasa  penghargaan  dan  kegembiraan  kepada  ibu  bapa