Wednesday, November 6, 2019

Seorang majikan memecat pekerjanya yang malas dan tidak produktif kerana sering ponteng kerja.
Wajarkah tindakan majikan itu? Berikan komen tentang tindakan majikan itu berdasarkan nilai-nilai murni. (10 markah)
TINDAKAN [T] = WAJAR / TIDAK WAJAR
WATAK [W]= MAJIKAN
NILAI [N] = Max 3N
HURAIAN  [H]= 6-7 H

Wajar (1m). Rasional (1m). Majikan itu berfikir jauh tentang masa depan syarikatnya
(1m). Majikan itu membuat tindakan yang sepatutnya untuk kebaikan syarikatnya (1m).
Majikan itu mengurangkan beban syarikatnya yang menanggung pekerja yang tidak
produktif (1m). Bertanggungjawab (1m). Majikan itu memainkan peranannya dengan
baik dengan mengambil tahu operasi syarikat (1m). Majikan itu menjalankan

kewajipannya dengan baik dan berkesan (1m). Mematuhi peraturan dan undang-
undang (1m). Majikan itu melaksanakan tugasnya dengan mengikut peraturan yang

ditetapkan oleh syarikat (1m). Majikan itu mengambil tindakan yang sewajar dan
setimpalnya terhadap pekerja yang melanggari peraturan (1m).

Tidak wajar (T=1m). Pihak majikan mengamalkan nilai Melindungi hak pekerja (1m). Majikan itu patut menjaga hak pekerja dengan menjalankan siasatan sebelum memecat (1m). Majikan itu harus menjaga
kebajikan golongan pekerja (1m) dengan memberikan cuti tanpa gaji kepada pekerja agar
menyelesaikan masalah sendiri (1m). Majikan itu perlu menasihati (1m) dan
memberikan amaran pertama kepada pekerjanya sebelum memecat (1m). Rasional
(1m). Majikan itu patut membuat keputusan dengan mengambil kira jasa dan
sumbangan pekerja tersebut (1m). Majikan itu harus berfikir sebelum bertindak untuk
memecat pekerjanya (1m). Majikan itu perlu membuat pertimbangan yang baik sebelum
memecat pekerja tersebut (1m).

1 comment:

  1. ayo segera bergabung dengan kami hanya dengan minimal deposit 20.000
    dapatkan bonus rollingan dana refferal ditunggu apa lagi
    segera bergabung dengan kami di i*o*n*n*q*q

    ReplyDelete