Wednesday, November 6, 2019

Image result for kegiatan kokurikulum
Murid-murid yang menyertai kegiatan kokurikulum akan mendapat pelbagai kebaikan.
Huraikan kebaikan mereka menyertai kegiatan kokurikulim.
WATAK = MURID / PELAJAR
NILAI = 0N + 10H // 3N + 7H
[PILIHAN BIJAK 3N+7H]
Murid-murid mengamalkan nilai BERTANGGUNGJAWAB, RASIONAL, BERDIKARI,KERAJINAN DAN KESEDERHANAAN [H1=1m]
Nilai Bertanggungjawab (1m). Para pelajar dapat menjalankan tanggungjawab mereka
sebagai pelajar holistik (1m). Selain menumpukan perhatian terhadap akademik, para
pelajar sekolah  juga dapat melibatkan diri dalam sukan seperti badminton
(1m). Para pelajar sekolah  dapat menyihatkan badan mereka apabila
melakukan senaman (1m). Tindakan ini dapat menjauhkan diri mereka daripada
dijangkit sebarang penyakit (1m). Di samping itu, sikap perpaduan dapat dipupuk
melalui aktiviti tersebut (1m). Sebagai contoh, para pelajar sekolah  akan
bekerjasama walaupun terdiri daripada pelbagai kaum untuk melaksanakan tugasnya
semasa aktiviti perkhemahan (1m). Seterusnya, semangat kepimpinan para pelajar
sekolah  juga dapat disemarakkan (1m). Tambahan pula, para pelajar sekolah
 tentunya diberi pelbagai tanggungjawab dan tugas semasa aktiviti
kokurikulum (1m). Misalnya, antara mereka berkemungkinan diberi tugas untuk
mengetuai kumpulan (1m). Ini menyumbangkan arah dan menyediakan peluang supaya
mereka dilatih untuk menjadi pemimpin pada masa hadapan (1m). Nilai toleransi (1m).
Para pelajar sekolah  akan bertolak ansur antara satu sama lain semasa
melaksanakan aktiviti tersebut (1m). Secara tidak langsung, sikap mengawal diri akan
terbentuk kerana para pelajar akan memahami dan menerima pendapat rakan lain (1m).

No comments:

Post a Comment