Thursday, October 4, 2018

2018 - FORMAT PEPERIKSAAN

FORMAT SOALAN PENDIDIKAN MORAL

Menjawab kertas 1225/1 memerlukan formula yang tepat. Jadi cikgu cadangkan pelajar semua pastikan telah menguasai formula tersebut sebelum menduduki peperiksaan.

Bahagian A: Soalan Struktur

1. Soalan nilai, definisi nilai dan penjelasan nilai

Untuk menjawab soalan ini mesti mahir:
·                                 kenalpasti nilai berdasarkan situasi soalan
·                                 hafal definisi nilai atau kata kunci
·                                 kaitkan definisi dengan situasi soalan
Contoh soalan
Nyatakan/berikan/senaraikan nilai (1 markah untuk 1 nilai)

1. 
Nyatakan  satu nilai yang diamalkan oleh Anita (1 markah)
2. 
Berikan satu nilai yang telah diamalkan oleh kerajaan Malaysia (1 markah)
3. 
Senaraikan dua nilai yang perlu diamalkan oleh remaja (2 markah)
4. 
Nyatakan tiga nilai patut diamalkan oleh Raj. (3 markah)
Nyatakan/berikan maksud/definisi nilai (2 markah)

1. 
Nyatakan maksud nilai yang di atas (2 markah)
2. 
Berikan definisi nilai seperti di 1(a). (2 markah)
3. 
Tuliskan erti definisi dua nilai di 2(a) (4 markah)
4. 
Berikan makna nilai yang di nyatakan di atas (2 markah)
Huraikan/jelaskan/terangkan (2/3 markah) 

1. 
Huraikan satu nilai yang diamalkan oleh Anita (2 markah)
    Jawab dalam 2 ayat sahaja. 
(N. W+kk.)
2. 
Jelaskan satu nilai yang telah diamalkan oleh kerajaan Malaysia (3 markah)
    Jawab dalam 3 ayat. (N. W+kk. contoh.)
3. 
Terangkan dua nilai yang perlu diamalkan oleh remaja (4 markah)
    Jawab 2 ayat untuk setiap nilai. 
(N1. W+kk(N1). N2. W+kk(N2).)
2. Soalan berdasarkan kandungan akademik tingkatan 4 dan 5

No comments:

Post a Comment